Monday, July 15, 2013

Bengkel kereta mahal man





terdapat banyak pengajaran yang kita dapat dalam cerita ini. 
DIMANA ADA JALAN DISITU ADA KEJAYAAN

Daihatsu Mira Gino @ Perodua Kelisa


Mira adalah kereta kelas kompak keluaran syarikat Daihatsu yang menjadi model rebadging kepada model Kancil, Kelisa dan Viva yang dihasilkan syarikat pembuat kereta nasional, Perodua.

Apa yang membuatkan Gino menjadi buruan peminat kereta kompak tempatan ialah faktor rare dan eksklusif model ini melalui reka bentuknya yang berkonsepkan Mini klasik. Dalam erti kata lain, Gino adalah alternatif terbaik bagi peminat Mini yang tak berapa cukup duit mau sambar kereta buatan Britain itu.

Apa yang menambahkan lagi faktor rare Gino ialah model ini sudah dihentikan pengeluarannya setakat generasi kedua iaitu pada 2009.

Di sini, jika kita melihat kembali kronologi sejarah reka cipta Jepun, kita akan menyedari betapa orientasi asal pereka dan industrialis di Negara Matahari Terbit itu ialah menghasilkan produk counter-culture kepada produk buatan Barat.

Beza Jepun dan Malaysia ialah Jepun bukan hanya bercakap mengenai serangan iluminati, penjajahan Barat atau bahana pasaran bebas di pentas ceramah dan e-mail forward, sebaliknya mengorak langkah menyerang semula serangan budaya Barat itu. 

"Kau buat Superman, aku buat Ultraman," mungkin itulah yang dilaungkan Katsuhiko Okumura dan Koichi Ina, dua individu penting di sebalik Daihatsu. 

Hasilnya, Gino dijual pada harga yang berkali ganda lebih murah berbanding Mini yang bukan saja menjajah Barat, malah negara-negara dunia ketiga yang suatu masa dulu pernah terpesona dengan propaganda 'Asia untuk Asia'.

Dan tiba-tiba aku terfikir, syarikat automotif kita sekarang ni orientasinya di mana? Mahu lawan siapa? Samurai atau koboi? Atau Batman?



saya peminat kereta kelisa dan akan mengubahsuai kenderaan saya kepada Mira Gino.



kereta keluaran malaysia perodua kelisa






setelah diubahsuai menjadi mira gino

Teknik Bokeh Dalam Fotografi

Dalam seni fotografi, bokeh ini ialah kabur. Bokeh boleh dilihat pada gambar yang diluar fokus kamera. Setiap lensa mempunyai bentuk lensa dan aperture yang berbeza. Ini menyebabkan corak kabur kelihatan cantik dan comel. Lensa yang selalu digunakan untuk menghasilkan bokeh adalah jenis potret. Lensa jenis ini menghasilkan bokeh yang cantik. Ini disebabkan ia mempunyai bukaan aperture yang luas.



Untuk menghasilkan bokeh dalam gambar, tidak semestinya perlu menggunakan kamera SLR. Kamera jenis kompak dan kamera telefon bimbit anda pun boleh. Cara yang paling mudah sekali adalah dengan mendekatkan kamera anda dengan objek. Letakkan objek jauh dari latar belakang yang ingin dikaburkan.


Selain itu, untuk lebih mudah menghasilkan bokeh, anda boleh menukarkan mod kamera anda kepada macro. Mod macro ialah tetapan khas yang memudahkan penghasilan bokeh. Bokeh amat sesuai untuk mengambil gambar bayi comel anda, binatang peliharaan, makanan dan macam-macam lagi.


Mignon: Jangan buat teknik bokeh dalam agama sudah la